Monday, April 26, 2010

Sistem yang baik?

Setiap traders mengimpikan satu sistem yang sempurna, sistem yang kemudiannya menjadi mesin penjana wang .... ibarat mempunyai ATM sendiri di rumah.


Sempurna mungkin keterlaluan, tetapi sistem yang baik harus membolehkan anda:
1. Membezakan keadaan pasaran yang trending atau ranging.
2. Mengenalpasti permulaan trend dan bila trend mula berakhir.
3. Kekuatan trend semasa.
4. Support & resistance pasaran.

Uniknya juga, satu sistem yang menguntungkan untuk seseorang, tak semestinya menguntungkan mereka yang lain.

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sistem yang anda bangunkan sendiri, pastikan ia mampu memenuhi kriteria di atas, selebihnya adalah apa yang anda ingin 'custom'kan untuk menyesuaikan dengan cara trading anda.
Apa yang penting ialah anda mesti PERCAYA dan DISIPLIN dengan sistem yang anda miliki.

Sunday, April 18, 2010

KISS - keep it simple stupid

Sistem yang baik bukanlah sistem yang kompleks dan mengelirukan. Lebih mudah dan effektif sesuatu sistem itu adalah sentiasa lebih baik kerana ianya akan lebih mesra pengguna & keputusan memasuki pasaran adalah lebih mudah untuk dibuat.


Anda harus boleh percaya "Less is more & more is actually less"


At the end of the day; sistem yang baik adalah sistem yang mampu memberikan anda pulangan $$$$$ yang berbaloi. :)


Contoh sistem yang dipermudahkan dengan konsep KISS:


Monday, April 5, 2010

Sunday, April 4, 2010

Lifelong Commitment

Fx word of wisdom: “There is no magic pills in forex”

Memahami kenyataan diatas adalah mudah saja; ia memberitahu tiada satu penyelesaian yang mudah dalam dunia forex.

Menerangkan lebih dalam; sekiranya anda ingin berjaya hari ini dan seterusnya dalam arena forex, maka anda mestilah mampu untuk memberi kommitment yang sepenuhnya tanpa berbelah bahagi untuk sentiasa menuntut ilmu-ilmu forex terbaru.

Tiada satu ilmu yang anda perolehi hari ini akan menjamin kejayaan anda untuk tahun depan, 5 tahun lagi atau 10 tahun lagi. Maka anda hendaklah mempunyai minat dan keazaman yang tinggi untuk belajar dan terus belajar memahami setiap inci dunia forex dan memahirkan diri dengan teknik-teknik analisis terkini dan lebih canggih.

Musuh kedua traders.

MM (?)

MM=money management

Walau dengan sistem yang baik anda berhadapan dengan risiko yang sangat tinggi jika anda tidak memahami dan mempraktikkan pengurusan kewangan yang betul.

Money management yang paling asas adalah untuk tidak meletakkan risiko lebih dari 2% untuk setiap trade anda. Dalami ilmu MM yang baik dan betul sebelum anda hendak trade real account – ianya adalah jaminan kesinambungan hayat anda dalam dunia forex.

Musuh utama traders.

Diri sendiri!

Ya, musuh utama seseorang trader adalah dirinya sendiri. Dengan lebih tepat, EMOSI dalam dirinya. Emosi ini adalah terdiri dari dua elemen asas manusia iaitu “takut” dan “tamak” (greed & fear).

Kerana itu ramai menyatakan bahawa ketika trading, anda hendaklah melakukannya secara tanpa emosi – macam robot. Dari segi kenyataannya, ia tidaklah semudah itu.

Faktor greed dan fear ini hanya akan terjadi sekiranya anda melakukan trading menggunakan akaun real (wang sebenar). Dalam akaun demo ianya tidak begitu dominan kerana duit yang anda gunakan bukanlah duit anda sendiri – untung atau rugi tidak menjadi hal.

Kerana itu jugalah sekiranya anda berjaya membuat keuntungan yang baik dalam akaun demo, tidak bermakna anda akan berjaya sekiranya dalam akaun real. Walaupun anda menggunakan sistem yang sama.

Disiplin dan mindset adalah cara untuk mengawal faktor ini – dan ianya tidaklah semudah yang anda bayangkan.

Forex & mentaliti kita orang Malaysia.

Forex merupakan suatu fenomena baru (di Malaysia) yang melanda dan memikat hati ramai dikalangan kita - termasuklah saya. Setelah ramai diantara kita yang tumpas dek gejala HYIP, Skim Cepat Kaya, Autosurf, Pelaburan internet, MLM dan lain-lain; forex seakan memberi sinar baru untuk golongan yang kreatif & aktif dalam mencari peluang-peluang untuk menjana pendapatan sampingan dan pendapatan "mudah".

Tanpa persiapan yang lengkap sekali lagi ramai yang rebah diarena forex. Wang "mudah" yang di war-warkan dalam forex rupanya bukanlah "semudah" yang disangka. Ramai yang gagal kerana mentaliti mereka masih seperti mentaliti HYIP & skim cepat kaya seperti yang mereka ceburi sebelumnya.

Forex sebenarnya menuntut kommitment tinggi dari segi:
1. Anjakan minda kepada minda seorang usahawan profesional.
2. Membudayakan forex sebagai satu bisnes dan karier yang serius.
3. Melengkapkan diri dengan pengetahuan & skill analisis teknikal & fundamental dalam mengkaji arah pasaran.
4. Belajar & terus belajar kerana keadaan pasaran sentiasa berubah. Tiada satu noktah untuk kita berhenti mendalami ilmu forex dan tiada suatu sistem yang kita boleh gunakan selamanya.

Setelah lebih empat tahun berkecimpung secara serius dalam arena ini (part time), saya berharap pengalaman yang saya kongsikan dalam blog ini akan sedikit sebanyak membantu mereka-mereka yang baru menceburi dah yang berhasrat menceburi bidang urusniaga forex ini.

Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Jika orang lain boleh berjaya, maka kita juga boleh berjaya - sekiranya kita memiliki ilmu untuk mencipta kejayaan tersebut. Tiada jalan pintas untuk memiliki ilmu tersebut selain "menuntut komitmen tinggi dari diri anda sendiri".

Janji-janji forex mengelirukan?

Sekiranya anda benar-benar berminat menceburi forex secara serius, semestinya anda telah membuat sedikit sebanyak homework dengan membuat search diinternet tentang broker-broker yang boleh dipercayai, e-books yang berkaitan untuk menambahkan pengetahuan, kursus-kursus forex serta laman-laman forum yang boleh dijadikan rujukan dan panduan.

Bijaksanalah menilai antara batu dan permata. Janji-janji yang ditabur dalam laman-laman internet selalunya indah-indah belaka - terutamanya dari mereka yang ingin menjual barangan dan perkhidmatan. Seolah-olah jika hari ini anda mendapatkan barangan atau perkhidmatan mereka, maka besok anda akan mula menjana pendapatan dan bulan hadapan anda akan menjadi jutawan! - walaupun anda masih samar-samar apa itu pips, laverage, long, short?

Jangan gopoh mengejar sesuatu yang tak pasti & jangan turun ke gelanggang pertarungan kalau ilmu didada hanya seciput. Ambil masa untuk belajar dari asas dan untuk mendapatkan semua ini anda boleh memperolehinya secara percuma asalkan anda rajin melayari laman yang berkaitan. Peruntukkan masa sekurang-kurangnya 3 jam sehari (pada hari bekerja) dan mungkin sehingga 8 jam pada hari cuti anda.

Saya menyarankan anda melayari: www.babypips.com sebagai langkah pertama pencarian ilmu anda. Terdapat juga soalan-soalan ujian selepas anda mengahabiskan sesuatu bab.

Untuk post-post yang berikutnya nanti saya akan memberikan anda kenyataan forex yang anda perlu tahu dan selalunya diselindungkan atas sebab-sebab tertentu - terutamanya oleh mereka yang berkepentingan keatas orang-orang baru seperti anda.

Bukanlah saya nak menakut-nakutkan anda, tetapi adalah menjadi kewajipan saya untuk mengingatkan mereka-mereka yang baru menceburi bidang forex ini bahawa setiap yang putih itu ada hitamnya dan setiap yang hitam itu ada hikmahnya.

Semoga anda menjadi seorang forex trader yang berjaya kerana pasaran forex adalah terlalu besar dan setiap orang mampu untuk berjaya. Dan untuk berjaya anda perlu berada di landasan yang betul dengan ilmu yang perlu sentiasa ditimba.

'Beginner's Luck'

Anda baru memulakan trading menggunakan virtual money?
Ramai antara kita yang berjaya membuat keuntungan pada beberapa minggu pertama trading anda. Percayalah, ianya tidak akan berterusan kerana fenomena "beginner's luck" ini adalah biasa dan ianya akan berakhir dengan pantas.

Moralnya:
Jangan taksub dengan keuntungan awal ini dan terus melaburkan wang simpanan anda dengan berharap ianya akan berterusan. Anda akan berakhir dengan kerugian yang "menyakitkan".

Nasihat:
1. Anda tidak akan berjaya dengan ilmu yang sedikit dan tidak menyeluruh. Gunakan akaun demo anda untuk membuat ujikaji mengenai sistem anda, currency pair behaviour/trend, trading hours (waktu trading berbeza dan waktu puncak), indikator dan lain-lain yang anda telah pelajari. Ianya penting untuk pemahaman anda.

2. Cari system trading yang sesuai untuk anda. "Satu sistem yang menguntungkan bagi seorang trader mungkin membawa kerugian kepada anda" Untuk mendapatkan system ini, anda boleh mendapatkannya secara percuma di laman forum yang popular seperti www.forexfactory.com & www.forex-tsd.com.

Pencarian ini sahaja mungkin mengambil sekit masa tetapi ianya akan berbaloi kerana anda akan benar-benar memahami peringkat pembangunannya jika anda mengikuti forumnya.

Tetapi kebanyakan dari kita lebih suka membeli atau mengikut sahaja sistem mentor kita - pilihan di tangan anda. Ianya bukanlah tidak baik tetapi anda hendaklah memahami sistem dan indikatornya dan bukan hanya megikut membuta-tuli. Sekiranya anda membeli, pastikan anda mendapat lifetime update bagi parameter-parameter terkini sistem tersebut.

3. Mana-mana sistem baru yang anda miliki, pastikan anda test run menggunakan akaun demo anda sekurang-kurangnya selama dua bulan untuk anda memahami bagaimana sistem anda bekerja pada pair tertentu dan pada pelbagai keadaan pasaran.

4. Gunakan money management(MM) yang betul. Anda boleh medapat maklumat tentang MM di laman-laman web yang pernah saya beritahu sebelum ini.

Broker mana pilihan anda?

Sudahkah anda membuat pilihan broker manakah yang akan anda pilih untuk trading anda? Mungkin anda sedang tercari-cari dan masih membuat homework mencari broker terbaik diluar sana. Teruskan membuat sedikit research dan perbandingan diantara broker dan ianya tidaklah sesukar mana dengan melayari laman-laman yang membuat review tentang broker forex yang ada diseluruh dunia.

Sentiasa cari broker yang popular dan yang terbukti boleh dipercayai berdasarkan review oleh traders yang dah lama berkecimpung dalam arena forex. Antara yang popular oleh traders di Malaysia adalah seperti Marketiva, LiteForex, NorthFinance, Oanda dan InterbankFX (sekadar menyebut beberapa). Setiap dari broker yang disebutkan diatas memiliki kelebihannya yang tersendiri dan carilah satu yang menepati kahendak anda.

Awas, jangan mudah terpedaya oleh broker yang menawarkan 'low spread' / 'zero spread' kerana ada antara broker yang merupakan scam semata-mata. Wang anda akan lenyap begitu saja jika anda terkena jerat broker-broker penipu ini.

Saya suka menyarankan supaya anda memilih broker yang mempunyai trading platform MT4 kerana trading platform ini adalah sangat fleksibel dan mempunyai banyak kelebihan. Anda dengan mudah boleh menggunakan indicator-indicator custom yang tidak boleh digunakan oleh platform lain seperti Streamster & Tradestation.

Untuk sesiapa yang baru sahaja nak mengetahui bagaimana nak trading, anda boleh memulakan dengan akaun demo di Marketiva dan setelah anda pandai dengan asas-asas trading, anda bolehlah mencuba untuk trading diplatform MT4 pulak.

Saturday, April 3, 2010

Kategori Traders

Traders adalah dikategorikan kepada tiga jenis yang utama iaitu:

•Position traders – yang biasanya memegang position untuk jangkamasa panjang dan sederhana panjang.

•Swing traders – yang memegang postion untuk beberapa hari / minggu.

•Intraday traders – yang melakukan trading secara jangka pendek dan memegang position kurang dari sehari. Scalpers juga tergolong dalam kategori ini.

Scalping – adalah teknik mengambil keuntungan dengan margin kecil (beberapa pips hingga beberapa puluh pips dalam satu-satu masa) dan keluar dari trade dengan cepat. Trader yang mengamalkan teknik ini dipanggil scalpers.

Scalping adalah teknik yang saya gemari untuk mengumpul pips dengan cepat dan meminimakan risiko.

Kita akan bincangkan lagi teknik ini nanti.

Trader bagaimanakah anda?

Anda sudah mula berjinak-jinak memulakan trading menggunakan virtual money? Bagaimanakah anda membuat keputusan samada untuk membeli (long) atau menjual (short) pair pilihan anda dan bagaimana pula anda membuat keputusan untuk menutup trade anda?

Secara asasnya terdapat dua jenis analisis yang dilakukan oleh para trader dalam membuat keputusan:
i) Analisa fundamental (FA)
ii) Analisa teknikal (TA)

Analisa fundamental

Adalah analisa yang dilakukan terhadap asas ekonomi semasa bagi matawang yang hendak diniagakan. Beberapa contoh sumber analisa fundamental adalah seperti:

1) Laporan ekonomi semasa seperti Employment Rate, Consumer Confidence, Home Sales dan sebagainya. Laporan ini anda boleh dapatkannya secara terus dan terkini dalam laman-laman web broker atau antara yang paling popular adalah melalui forex calendar di Forex Factory: www.forexfactory.com/calendar.php .
2) COT (Commitment Of Traders) report.
3) Sentiment pasaran dunia semasa.
4) Keadaan politik semasa negara tersebut.

Dapatkan guru / mentor yang baik yang boleh mengajar anda bagaimana mentafsir laporan-laporan ekonomi ini serta kesannya kepada matawang negara tersebut.


Analisa Teknikal

Adalah analisa untuk mentafsir carta pergerakan harga pasaran dan seterusnya membuat unjuran pergerakan pasaran seterusnya. Analisa ini dilakukan dengan menggunakan bantuan indikator - samada yang telah tersedia ada dalam pilihan carta anda atau indikator-indikator custom yang dicipta oleh coders diserata dunia.

Inilah juga merupakan analisa yang paling saya gemari tanpa perlu terlalu bergantung kepada analisa fundamental.
Antara yang popular dan paling asas yang anda perlu tahu adalah seperti:
1) Candlestick pattern & price action
2) Support and resistance
3) Moving averages
4) Fibonacci
5) Lagging & leading indicators

Sekadar menyebut beberapa kerana kalau nak disenaraikan semuanya, ianya akan menjadi senarai yang sangat panjang. Perlu ditekankan bahawa, walau apapun indikator yang anda ingin pelajari, pastikan beberapa asas yang disebutkan diatas anda telah kuasai dengan baik.


Paling penting:
Setiap keputusan trading yang anda lakukan mestilah berasaskan satu analisa yang baik dan boleh diharapkan. Tanpa analisa yang baik, trading yang anda lakukan adalah seperti satu perjudian semata-mata yang mana kemungkinan untuk anda rugi adalah sangat tinggi.

Forum Forex

Salah satu cara untuk menimba ilmu tentang forex adalah dengan melayari atau menyertai forum-forum yang secara khusus membincangkan tentang forex.

Antara laman popular berbahasa melayu adalah: www.Nogold.com & www.Carigold.com.
Untuk laman berbahasa inggeris, lawati: www.forexfactory.com & www.forex-tsd.com.

Sekadar menyebut beberapa. Banyak lagi laman seumpamanya diinternet.

Friday, April 2, 2010

Calculated Risk

Kehidupan adalah mengenai perancangan dan menangani risiko. Menangani risiko adalah survival & adalah usaha penerusan kehidupan dan menjayakan perancangan. Kerana risiko berada dimana-mana: jalanraya, tempat kerja, malah di rumah sekalipun...

Begitu juga dalam menjalankan trading - samada di pasaran saham atau forex.

Bezanya adalah; risiko yang anda ambil itu adalah secara membuta-tuli & tanpa perancangan ATAU melalui pertimbangan wajar.

Melalui teknik analisis teknikal, risiko trade yang anda jalankan adalah bersandarkan pengiraan formula matematik melalui data harga lampau dan semasa. Hasil pengiraan ini kemudiannya dipaparkan melalui set indikator paparan visual yang membantu kita membuat penilaian pasaran semasa.

Inilah yang dinamakan 'calculated risk'.
Sebarang keputusan yang dibuat tanpa penilaian risiko seperti di atas adalah GAMBLING.

Thursday, April 1, 2010

FOREX?

Forex adalah dari singkatan perkataan FOReign EXchange. Forex market pula merujuk kepada Pasaran Tukaran Wang Asing yang bergerak 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Proses dan aktiviti ini berterusan selagi matawang digunakan untuk perbelanjaan dan perdagangan.

Dari segi urusniaga pasaran, iaitu proses jual beli oleh para institusi, bank dan pelabur runcit; pasaran dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Mengikut waktu Malaysia, ianya adalah antara Isnin 5am hingga Sabtu 5am.

Tahukah anda bahawa forex adalah merupakan satu pasaran perdagangan yang terbesar di planet bumi ini dengan kira-kira USD4 trilion nilai urusniaga dijalankan dalam masa sehari. Jumlah ini jauh melebihi mana-mana stock exchange yang terbesar di US. Apatah lagi kalau dibandingkan dengan pasaran saham di Malaysia, nilai pasaran kita cumalah seciput saja.

Pasaran forex ini dibuka kepada pelabur runcit seperti anda dan saya hanya pada tahun 1997. Sebelum itu hanya pelabur institusi dan pelabur besar (yang bermodal berjuta-juta dollar) sahaja dibenarkan untuk menyertainya.

Tetapi sekarang yang tiada modal pun boleh berjinak-jinak mempelajari dan memasuki pasaran tanpa sekatan. Terima kasih kepada teknologi internet yang meluas sekarang ini.