1. Bagaimana saya hendak mula menceburi forex sekiranya saya tiada apa-apa pengetahuan tentang forex?
A: Anda boleh membuat penyelidikan melalui internet apa itu forex sebenarnya dan banyak site diinternet yang menyediakan maklumat dari yang paling asas hingga yang paling canggih untuk para profesional trader. Anda juga boleh bertanya kepada mana-mana rakan anda yang aktif dalam forex.
Atau anda boleh memilih jalan yang lebih pantas dengan menyertai mana-mana kursus forex yang ditawarkan dengan yuran yang berpatutan. Anda mungkin boleh menjimatkan 1 atau 2 tahun masa anda untuk belajar sendiri melalui maklumat internet.
2. Benarkah risiko forex sangat tinggi?
A: Ya risikonya sangat tinggi. Pelaburan saham dibursa saham juga berisiko tinggi. Ia terpulang kepada PENGETAHUAN dan PENGALAMAN anda.
” Risk comes from not knowing what you are doing”
” The higher the risk, the higher the return “
Apa yang kita perlu lakukan adalah to manage the risk through the KNOWLEDGE. Because KNOWLEDGE IS POWER.
3. Apakah peralatan / kemudahan yang perlu saya sediakan untuk aktif dalam bidang ini?
A: Mudah saja, anda perlukan komputer/laptop, sambungan streamyx/broadband, speaker yang disambungkan kekomputer.
4. Adakah saya perlu meluangkan masa yang lama untuk aktiviti trading?
A: Ya, anda perlu memperuntukkan masa – bukan saja untuk latihan trading (akaun demo), juga untuk melayari site bekaitan bagi menimba ilmu forex dan juga masa untuk melihat/menganalisa pergerakan pasaran bagi memantapkan pemahaman.
Peruntukan masa akan menjadi kurang setelah anda semakin mahir.
5. Adakah forex menjanjikan kekayaan?
A: Forex adalah lubuk duit yang paling besar di dunia. Ianya sentiasa menjanjikan apa yang ada idamkan dengan satu syarat: anda harus menjadi seorang trader yang berilmu dan hebat.
6. Setelah saya menghadiri kursus, adakah saya pasti akan berjaya?
A: Saya suka menggunakan contoh memandu kereta sebagai perbandingan. Setelah anda mengikuti kursus memandu dan memiliki lesen, adakah bermakna anda pasti tidak akan terlibat dalam kemalangan atau disaman?
Begitu juga dengan kursus forex, ianya mempersiapkan diri anda dengan pengetahuan asas untuk membolehkan anda trade di pasaran. Kejayaan anda banyak bergantung kepada faktor lain yang kebanyakannya adalah bergantung kepada diri anda sendiri. 70% kejayaan adalah faktor diri anda, 30% adalah dari sistem trading dan money management yang baik.
7. Saya masih HIJAU dalam forex, bagaimana saya hendak membina sistem trading saya sendiri?
A: Jangan risau, anda akan diberikan satu sistem trading yang mudah dan telah terbukti mampu membuat keuntungan sebagai sebahagian dari pakej kursus anda.
8. Selepas melengkapkan kursus, berapakah banyak modal lagi diperlukan untuk saya memulakan aktiviti trading.
A: Anda tidak perlu apa-apa modal buat sementara waktu. Apa yang anda perlukan adalah membuka akaun demo dan memulakan latihan untuk memahirkan diri dengan trading system dan kelakuan pasaran.
Setelah anda terbukti berjaya membuat keuntungan yang konsisten dengan min 80% kejayaan, barulah anda buka akaun mini dengan modal serendah USD200. Atau kalau nak murah lagi, mulakan saja dengan akaun mikro.
9. Kenapa kursus mahal sangat?
A: Adakah anda tahu sekiranya anda ingin mengikuti sebarang kursus pertanian atau penternakan pun anda perlu membayar antara RM200 – RM300 untuk kursus sehari. Dan anda perlukan modal serta-merta untuk memulakan projek anda (modal bukannya sedikit!) dan akan mengambil masa 6 bulan hingga ke 1 tahun untuk menuai hasilnya.
Sedangkan kursus ini adalah untuk membolehkan anda menjadi seorang trader bagi pasaran matawang antarabangsa dan sekiranya anda bagus, bulan berikutnya anda sudah boleh mula merasa hasil dari usaha anda.
10. Broker manakah yang terbaik?
A: Satu soalan yang terlalu umum. Ianya adalah bergantung kepada anda dan kesesuaian dengan sistem anda, currency pair kegemaran anda dan jenis trading yang anda amalkan; cth: scalping, intraday, news trader, technical dan sebagainya. Sesetengah broker tidak membenarkan scalping.
Antara ciri broker yang baik adalah:
•spread yang rendah
•tiada slippage
•deposit dan withdrawal yang mudah dan cepat
•customer service yang baik
•minimum requote
•spread yang konsisten
•boleh scalping
•boleh news trading
Broker pilihan harus juga mengambil kira modal anda. Sesetengah broker memerlukan deposit pendahuluan yang tinggi untuk membuka akaun. Jika modal anda kecil, cari broker yang mempunyai akaun mini dan mikro.
Rajin-rajinlah membuat penyelidikan diinternet & melalui rakan taulan.
11. Bolehkah dipercayai broker-broker yang banyak terdapat diinternet?
A: Apa pun boleh berlaku jika kita membincangkan mengenai internet dan sejauh mana selamatnya setiap transaksi. Adalah penting untuk anda manage the risk. Antaranya adalah:
•Pilih broker yang telah lama beroperasi dan mempunyai reputasi baik.
•Broker yang berdaftar dengan NFA(US) atau badan kawalan negara dimana ia beroperasi.
•Jauhi broker-broker baru yang menawarkan pakej / spread yang terlalu bagus. Cth: zero spread.
•Awas juga broker yang mempunyai spread yang terlalu tinggi atau yang suka menaikkan spread terutama ketika news.
•Mulakan dengan deposit yang rendah dan cuba membuat withdrawal setelah mendapat keuntungan. Adakah terdapat apa-apa masalah yang mencurigakan.
•Awas broker yang membenarkan deposit melalui pihak ketiga. Sentiasa pilih broker yang hanya menerima deposit secara terus dari anda – melalui wire transfer atau ccard.
•Caj deposit dan withdrawal yang berpatutan
Begitulah serba sedikit yang boleh saya beritahu. Saya akan update maklumat-maklumat baru untuk pengetahuan anda.
12. Adakah forex dibenarkan oleh Bank Negara?
A: Bank Negara tidak pernah mengeluarkan lesen untuk sebarang syarikat broker forex di Malaysia. Bagaimanapun, broker yang anda gunakan adalah broker luar negara, maka setiap aktiviti anda adalah atas risiko sendiri dan tidak dijamin oleh Bank Negara.
Adalah perlu untuk anda declare sebarang pendapatan dari aktiviti forex anda kepada LHDN bersama pendapatan anda yang lain-lain.