Saturday, April 3, 2010

Trader bagaimanakah anda?

Anda sudah mula berjinak-jinak memulakan trading menggunakan virtual money? Bagaimanakah anda membuat keputusan samada untuk membeli (long) atau menjual (short) pair pilihan anda dan bagaimana pula anda membuat keputusan untuk menutup trade anda?

Secara asasnya terdapat dua jenis analisis yang dilakukan oleh para trader dalam membuat keputusan:
i) Analisa fundamental (FA)
ii) Analisa teknikal (TA)

Analisa fundamental

Adalah analisa yang dilakukan terhadap asas ekonomi semasa bagi matawang yang hendak diniagakan. Beberapa contoh sumber analisa fundamental adalah seperti:

1) Laporan ekonomi semasa seperti Employment Rate, Consumer Confidence, Home Sales dan sebagainya. Laporan ini anda boleh dapatkannya secara terus dan terkini dalam laman-laman web broker atau antara yang paling popular adalah melalui forex calendar di Forex Factory: www.forexfactory.com/calendar.php .
2) COT (Commitment Of Traders) report.
3) Sentiment pasaran dunia semasa.
4) Keadaan politik semasa negara tersebut.

Dapatkan guru / mentor yang baik yang boleh mengajar anda bagaimana mentafsir laporan-laporan ekonomi ini serta kesannya kepada matawang negara tersebut.


Analisa Teknikal

Adalah analisa untuk mentafsir carta pergerakan harga pasaran dan seterusnya membuat unjuran pergerakan pasaran seterusnya. Analisa ini dilakukan dengan menggunakan bantuan indikator - samada yang telah tersedia ada dalam pilihan carta anda atau indikator-indikator custom yang dicipta oleh coders diserata dunia.

Inilah juga merupakan analisa yang paling saya gemari tanpa perlu terlalu bergantung kepada analisa fundamental.
Antara yang popular dan paling asas yang anda perlu tahu adalah seperti:
1) Candlestick pattern & price action
2) Support and resistance
3) Moving averages
4) Fibonacci
5) Lagging & leading indicators

Sekadar menyebut beberapa kerana kalau nak disenaraikan semuanya, ianya akan menjadi senarai yang sangat panjang. Perlu ditekankan bahawa, walau apapun indikator yang anda ingin pelajari, pastikan beberapa asas yang disebutkan diatas anda telah kuasai dengan baik.


Paling penting:
Setiap keputusan trading yang anda lakukan mestilah berasaskan satu analisa yang baik dan boleh diharapkan. Tanpa analisa yang baik, trading yang anda lakukan adalah seperti satu perjudian semata-mata yang mana kemungkinan untuk anda rugi adalah sangat tinggi.

No comments: