Sunday, April 4, 2010

Janji-janji forex mengelirukan?

Sekiranya anda benar-benar berminat menceburi forex secara serius, semestinya anda telah membuat sedikit sebanyak homework dengan membuat search diinternet tentang broker-broker yang boleh dipercayai, e-books yang berkaitan untuk menambahkan pengetahuan, kursus-kursus forex serta laman-laman forum yang boleh dijadikan rujukan dan panduan.

Bijaksanalah menilai antara batu dan permata. Janji-janji yang ditabur dalam laman-laman internet selalunya indah-indah belaka - terutamanya dari mereka yang ingin menjual barangan dan perkhidmatan. Seolah-olah jika hari ini anda mendapatkan barangan atau perkhidmatan mereka, maka besok anda akan mula menjana pendapatan dan bulan hadapan anda akan menjadi jutawan! - walaupun anda masih samar-samar apa itu pips, laverage, long, short?

Jangan gopoh mengejar sesuatu yang tak pasti & jangan turun ke gelanggang pertarungan kalau ilmu didada hanya seciput. Ambil masa untuk belajar dari asas dan untuk mendapatkan semua ini anda boleh memperolehinya secara percuma asalkan anda rajin melayari laman yang berkaitan. Peruntukkan masa sekurang-kurangnya 3 jam sehari (pada hari bekerja) dan mungkin sehingga 8 jam pada hari cuti anda.

Saya menyarankan anda melayari: www.babypips.com sebagai langkah pertama pencarian ilmu anda. Terdapat juga soalan-soalan ujian selepas anda mengahabiskan sesuatu bab.

Untuk post-post yang berikutnya nanti saya akan memberikan anda kenyataan forex yang anda perlu tahu dan selalunya diselindungkan atas sebab-sebab tertentu - terutamanya oleh mereka yang berkepentingan keatas orang-orang baru seperti anda.

Bukanlah saya nak menakut-nakutkan anda, tetapi adalah menjadi kewajipan saya untuk mengingatkan mereka-mereka yang baru menceburi bidang forex ini bahawa setiap yang putih itu ada hitamnya dan setiap yang hitam itu ada hikmahnya.

Semoga anda menjadi seorang forex trader yang berjaya kerana pasaran forex adalah terlalu besar dan setiap orang mampu untuk berjaya. Dan untuk berjaya anda perlu berada di landasan yang betul dengan ilmu yang perlu sentiasa ditimba.

No comments: