Sunday, April 4, 2010

Musuh utama traders.

Diri sendiri!

Ya, musuh utama seseorang trader adalah dirinya sendiri. Dengan lebih tepat, EMOSI dalam dirinya. Emosi ini adalah terdiri dari dua elemen asas manusia iaitu “takut” dan “tamak” (greed & fear).

Kerana itu ramai menyatakan bahawa ketika trading, anda hendaklah melakukannya secara tanpa emosi – macam robot. Dari segi kenyataannya, ia tidaklah semudah itu.

Faktor greed dan fear ini hanya akan terjadi sekiranya anda melakukan trading menggunakan akaun real (wang sebenar). Dalam akaun demo ianya tidak begitu dominan kerana duit yang anda gunakan bukanlah duit anda sendiri – untung atau rugi tidak menjadi hal.

Kerana itu jugalah sekiranya anda berjaya membuat keuntungan yang baik dalam akaun demo, tidak bermakna anda akan berjaya sekiranya dalam akaun real. Walaupun anda menggunakan sistem yang sama.

Disiplin dan mindset adalah cara untuk mengawal faktor ini – dan ianya tidaklah semudah yang anda bayangkan.

No comments: