Kenapa trade FOREX?



Ramai mungkin tertanya, kenapa mesti forex? - terutama bagi mereka yang baru menceburi. Bagi yang telah lama, mereka mempunyai sebab-sebab mereka sendiri dan mereka memahaminya dengan jelas.

Disenaraikan dibawah, beberapa sebab dan kelebihan forex berbanding instrument kewangan yang lain untuk pertimbangan anda.

1. Kos start-up yang rendah berbanding untuk memulakan trading saham dan futures.

2. Forex adalah pasaran terbesar dunia - tiada sesiapa boleh mengawal pasaran.

3. Dengan urusniaga sehingga 4 trilion dollar sehari, tiada sebarang institusi / entiti yang boleh mengawal pasaran untuk satu jangkamasa yang panjang.

4. Keupayaan membuat keuntungan samada pasaran menaik atau menurun.

5. Diniagakan 24jam sehari, 5 hari seminggu.

6. Forex menawarkan laverage sehingga 500:1. Sedangkan saham hanya menawarkan 1:1 hingga 2:1. Futures menawarkan 15:1. Adalah dinasihatkan untuk mengelakkan laverage yang terlalu tinggi sekiranya anda mampu.

7. Forex adalah pasaran yang mempunyai kecairan paling tinggi didunia. Traders boleh membuka dan menutup position pada hampir bila-bila masa pada harga yang beliau mahu.

8. Teknikal analisis boleh diaplikasikan dengan baik dibantu dengan pasaran yang sentiasa mempunyai trend yang baik dan berubah-ubah.

9. Keupayaan mengawal kewangan anda kerana pasaran ini mempunyai pulangan yang jauh lebih baik dari mutual fund, hedge fund atau managed fund.

10. Membuat keuntungan dengan hanya memperuntukkan beberapa jam sehari / seminggu dengan komputer anda.

11. Urusniaga boleh dilakukan dimana sahaja diseluruh dunia - asalkan mempunyai sambungan internet.

12. Anda boleh memperolehi pengalaman dan kemahiran tanpa perlu mengeluarkan modal dengan menggunakan demo akaun yang percuma.



Ramai juga yang masih skeptikal dengan potensi forex sebagai salah satu instrumen kewangan (yang legal) yang mampu membawa pulangan lumayan dan berbaloi. Ramai juga yang payah nak percaya potensi bidang ini sebagai penjana kekayaan sebenar(tetapi mereka percaya pulak kepada skim-skim cepat kaya).

Dua fakta dibawah adalah bukti potensi bidang ini sebagaimana diakui oleh mereka yang telah membuktikannya.





Warrent Buffett pada pertengahan tahun 2008, beliau diiktiraf sebagai manusia ke dua terkaya di dunia melalui FOREX. Beliau mengakui bahawa FOREX sememangnya senjata kekayaan yang terpantas dan tehebat di dunia. Kini kekayaannya dianggarkan berjumlah USD 62 bilion (sehingga 2008) dengan pendapatan tahunannya melebihi USD100 000.





Dan Zanger. Hanya merupakan kontraktor binaan. Tetapi dengan bermodalkan USD11000, beliau mampu menjana sehingga USD 18 juta dalam masa 18 bulan. Berapakah pula yang anda mampu hasilkan dengan bermodalkan USD1000?