Forex adalah dari singkatan perkataan FOReign EXchange. Forex market pula merujuk kepada Pasaran Tukaran Wang Asing yang bergerak 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Proses dan aktiviti ini berterusan selagi matawang digunakan untuk perbelanjaan dan perdagangan.
Dari segi urusniaga pasaran, iaitu proses jual beli oleh para institusi, bank dan pelabur runcit; pasaran dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Mengikut waktu Malaysia, ianya adalah antara Isnin 5am hingga Sabtu 5am.
Tahukah anda bahawa forex adalah merupakan satu pasaran perdagangan yang terbesar di planet bumi ini dengan kira-kira USD4 trilion nilai urusniaga dijalankan dalam masa sehari. Jumlah ini jauh melebihi mana-mana stock exchange yang terbesar di US. Apatah lagi kalau dibandingkan dengan pasaran saham di Malaysia, nilai pasaran kita cumalah seciput saja.
Pasaran forex ini dibuka kepada pelabur runcit seperti anda dan saya hanya pada tahun 1997. Sebelum itu hanya pelabur institusi dan pelabur besar (yang bermodal berjuta-juta dollar) sahaja dibenarkan untuk menyertainya.
Tetapi sekarang yang tiada modal pun boleh berjinak-jinak mempelajari dan memasuki pasaran tanpa sekatan. Terima kasih kepada teknologi internet yang meluas sekarang ini.
No comments:
Post a Comment