Forex merupakan suatu fenomena baru (di Malaysia) yang melanda dan memikat hati ramai dikalangan kita - termasuklah saya. Setelah ramai diantara kita yang tumpas dek gejala HYIP, Skim Cepat Kaya, Autosurf, Pelaburan internet, MLM dan lain-lain; forex seakan memberi sinar baru untuk golongan yang kreatif & aktif dalam mencari peluang-peluang untuk menjana pendapatan sampingan dan pendapatan "mudah".
Tanpa persiapan yang lengkap sekali lagi ramai yang rebah diarena forex. Wang "mudah" yang di war-warkan dalam forex rupanya bukanlah "semudah" yang disangka. Ramai yang gagal kerana mentaliti mereka masih seperti mentaliti HYIP & skim cepat kaya seperti yang mereka ceburi sebelumnya.
Forex sebenarnya menuntut kommitment tinggi dari segi:
1. Anjakan minda kepada minda seorang usahawan profesional.
2. Membudayakan forex sebagai satu bisnes dan karier yang serius.
3. Melengkapkan diri dengan pengetahuan & skill analisis teknikal & fundamental dalam mengkaji arah pasaran.
4. Belajar & terus belajar kerana keadaan pasaran sentiasa berubah. Tiada satu noktah untuk kita berhenti mendalami ilmu forex dan tiada suatu sistem yang kita boleh gunakan selamanya.
Setelah lebih empat tahun berkecimpung secara serius dalam arena ini (part time), saya berharap pengalaman yang saya kongsikan dalam blog ini akan sedikit sebanyak membantu mereka-mereka yang baru menceburi dah yang berhasrat menceburi bidang urusniaga forex ini.
Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Jika orang lain boleh berjaya, maka kita juga boleh berjaya - sekiranya kita memiliki ilmu untuk mencipta kejayaan tersebut. Tiada jalan pintas untuk memiliki ilmu tersebut selain "menuntut komitmen tinggi dari diri anda sendiri".
No comments:
Post a Comment